98418977_4487545974604337_2696717713555849216_o-300x213-1

HELIKOPTER TERHEMPAS DI EBC

(Malaysia Everest 1997)Hari demi hari menunggu, aku dan team tetap bersemangat dan memerlukan kesabaran yang kuat ketika berada di Everest Base Camp (EBC).Semangat pendaki tak pernah pudar untuk terus menggalas cabaran ke puncak Everest walaupun kelihatan madih samar-samar ekoran keadaan cuaca yang sentiasa berubah. Bukan hanya pendaki dari negara kita yang terpaksa menunggu cuaca baik.Sebanyak 11 pasukan daripada pelbagai negara berkampung di EBC ini, Walaupun keadaan cuaca pada sebelah pagi kelihatan panas, namun bila tengahari sahaja ianya mula berubah kepada angin agak kuat, kabus tebal menutupi pengelihatan sekitar kawasan pergunungan menyebabkan para pendaki terpaksa bergegas pulang ke EBC dengan segera selepas menjalani latihan pendakian dan penyesuaian diri terutama ke laluan Khumbu Ice Fall.Ketika itu, keadaan memang sejuk, biasanya aku proses filem negative secara mannual pada sebelah pagi sahaja, jika buat sebelah tengahari ke petang… masak lah aku… mesti jahanan semua filem yang diproses itu kerana cuaca terlalu sejuk.Pada 25 April 1997, semua anggota ekspedisi Jepun telah meninggalkan EBC selepas membatalkan hasrat untuk menakluki puncak Everest kerana telah meramalkan cuaca buruk.

sekitar gunung everest

Kumpulan ekspedisi Jepun yang terdiri 18 orang pendaki bersama 14 sherpa yang diketuai Okura Yamamoto, 68 tahun berkampung di EBC sejak 1 April.Ini kerana beliau tidak yakin akan berjaya menakluki Everest sebagai individu tertua menjejak kaki di puncak Everest.Sebelum ini, Beliau bersama beberapa orang telah menaiki kapal terbang forker dan round beberapa kali, bertujuan untuk meninjau keadaan cuaca dipergunungan sekitar puncak Everest beberapa hari sebelum itu.Sementara itu, ke semua peralatan dan barang diangkut oleh porter dan Sherpa, sementara barang penting pula di bawa dengan menaiki helikopter.Semua pendaki Jepun itu dengan pantas meninggalkan EBC kerana tidak mahu membuang masa dengan menunggu cuaca baik untuk mendaki.Keadaan cuaca semakin tidak menentu menyebabka semua team yang berada di EBC mula resah. Semua ketua ekspedisi setiap hari berbincang mengenai cuaca semasa, aku lagi lah bertambah resah…Sementara itu, pendaki team negara kita terus menjalani latihan penyesuaian diri sehinggalah ke Kem Tiga. Semuanya bergantung kepada cuaca. Ini membuatkan rasa lega sedikit walapun puncak Everest masih belum tentu dapat lagi.Kerana angin kuat mcm rebut taufan pada 16 Mei 1997, menyebabkan enam khemah dan satu khemah makan pendaki team negara Bersama khemah-khemah pendaki team negara lain telah roboh di Kem Dua, tetapi semua pendaki team negara kita bernasib baik kerana telah turun kembali ke EBC sehari sebelum itu.Beberapa hari selepas itu, apabila keadaan mula cuaca kembali pulih, para Sherpa terus mendaki ke Kem Dua untuk membaik pulih semua khemah yang roboh itu sebelum pendaki melakukan pendakian

ketika kejadian

Ketika para pendaki negara menuju ke puncak Everest, pada pagi 21 Mei 1997, sebuah helikopter jenis French BA ,Tentera Nepal telah terhempas ketika mendarat di EBC. Namun begitu ianya bernasib baik kerana tidak meletup ekoran kekurangan oksigen .Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketkka ingin mendarat untuk mengambil seorang pendaki Itali yang sakit untuk diterbangkan ke hospital di Kathmandu. Selepas itu dua jam kemudian tiba sebuah helicopter gantian mendarat seketika untuk mengambil pendaki Itali itu dan terus terbang.Kelihatan helikopter yang terhempas itu teruk jugalah, yang jelas semua kipas patah dan banyak lagi

kerosakan lain.Kejadia itu tidak mematahkan pendakian pendaki negara menuju ke puncak Everest yang mana tida di puncak pada 23 Mei 1997.— Next text TROWBACK, tunggu (Maaf jika typo ada eror)REACHING THE FRONTIER1- Climbing 165 hours non-stop Mount Kinabalu for first World Record.

_solo035

Kenapa aku sihat

Rahsia di sebalik kejayaan kerana menjaga kesihatan dan mengekalkan fitness oleh Pendaki Solo yang berjaya mencipta rekod Malaysia dengan melakukan pendakian sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari puncak Kinabalu pada tahun 2010 – Terima kasih Astro kerana menyiarkan perkisahan saya untuk tatapan semua. kalau tak silap pada tahun 2010 juga kot…Insyallah rekod seterusnya dalam REACHING THE FRONTIER yang akan menyusur bersama Pendaki Solo (Junior).