0
Your Cart
No products in the cart.

AKHIRNYA SYAHRUL SHERPA DAPAT SIJIL EVEREST BASE CAMP

KATHMANDU, NEPAL: 21 Jun 2022 – Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal, Mohd Fadzle Abu Hasan Mohd Fadzle Abu Hasan (kiri) menyampaikan Sijil Everest Base Camp (EBC) kepada pendaki solo (junior) Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 18 di sini hari ini.

Muhammad Syahrulnizam yang berjaya menjejak kaki di EBC pada 7 Jun lalu dalam latihan misi Everest 2024 dalam usaha menjadikan pendaki Malaysia yang termuda mendaki ke puncak Gunung Everest setinggi 8,848 meter.

Beliau akan terus menjalani latihan kecergasan dan mendaki di gunung di Himalaya dari masa ke semasa yang akan ditemani oleh bapanya, pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin dan juga Dawa Sherpa merangkap penyelaras Everest 2024.

Sementara itu, Mohd Fadzle Abu Hasan melahirkan rasa bangga dan berharap usaha yang dilakukan ini dapat membanggakan negara disamping memberi infak yang generasi muda agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Beliau berharap semua pihak dapat memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan demi menaikkan nama negara dipersada dunia dan beliau sendiri bagi pihak kedutaan akan terus membantu supaya ianya berjalan lancar.

Pada 15-16 Ogos, Muhammad Syahrulnizam akan melakukan pendakian tangga Menara Kuala Lumpur selama 4 jam tanpa henti untuk break Asia Records.

Add a Comment

Your email address will not be published.