0
Your Cart
No products in the cart.

SYAHRULNIZAM DAPAT SUNTUKAN SEMANGAT DARIPADA NG TEMBA SHERPA

BUPSA, NEPAL : Pendaki Solo (junior), Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 18, yang akan mendaki ke Puncak Gunung Everest pada tahun 2024 sebagai yang termuda di Malaysia mendapat suntikan semangat bila mendapat pelbagai tip pendakian daripada Ng Temba Sherpa yang membawa dua pendaki negara ke puncak Everest tahun 1997.

Ng Temba Sherpa yang mendaki ke puncak tertinggi di dunia sebanyak 13 kali termasuk membawa team ‘Kembara’ yang di ketuai oleh Tan Sri Khalid Yunos turut memberi pelbagai nasihat kepada Muhammad Syahrulnizam yang ditemani ayahnya, pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin dan Dawa Sherpa selama hampir sejam.

Pertemuan yang memberi seribu makna itu ketika Muhammad Syahrulnizam turun selepas berjaya mendaki ke Everest Base Camp dan turun melalui Bupsa dan menakki pengangkutan darat ke Sadelly dan ke Kathmandu ketika musim hujan.

Gambar Muhammad Syahrulnizam (kanan) beramah mesra dengan Ng Temba Sherpa di rumahnya di Bupsa sebelum menaiki kenderaan ke Kathmandu.

Muhammad Syahrulnizam akan pulang ke Malaysia rabu depan dan terus menjalani latihan sebagai persiapan breaking asia records mendaki tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti pada 15 hingga 16 Ogos depan.

Add a Comment

Your email address will not be published.